TERIMA KASIH SUDI SKODENG BLOG SAIA,,DAH TENGOK TU RAJIN-RAJIN KAN LA JARI TU FOLLOW BLOG SAIA,,KALAU DA FOLLOW TU,SILA LAH TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SHOUTBOX SAIA,,,BAWAK SEKALI ANGKATAN TENTERA ANDA FOLLOW SAIA YA,, =D

pengikut setiaku,, =)

Sunday 28 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum,,*jawab jangan tak jawab 

ESOK RAYE!!!!! yok check persediaan sebelum raya =) 

BAJU RAYA ------> ADA!!! 
KASUT?? ------> DAH BELI!! 
KUIH RAYA ------> DAH SIAP DUA JENIS,,,YANG LAIN BELI!!! 
KEMAS RUMAH ------> DAH OKY LA NI!!! KAU NAK KEMAS MACAM MANA LAGI!! 
KETUPAT?? ------> BERESSSSSS!!!! 
PACKING BAJU ------> KEJAP LAGI LA!!! 
LETAK KUIH DALAM BALANG?? ------> NANTI LA LEPAS PULANG DARI KAMPUNG,, 
SENARAIKAN CERITA2 RAYA KAT TV ------> ITU BUKAN KERJA KAU LA!!!!! 
BASUH KERETA AYAH?? ------> ALAMAK!!! BELUM LAGI!! 

urmmm,,,nampaknya banyak yang belum selesai lagi ni,,,oky la,,,nak sempurnakan semua kerja2 tu,,,  sebelum tu aku nak ucap :- 


Assalamualaikum,,,,

Wednesday 24 August 2011

MENGARUT..


spontan dari Emyza , Eyya dan Emyra..


Emyra : wey,,soalan number 3 dia mintak bagaimana hendak mengelak berlakunya masalah sosial kalangan remaja. korang tahu tak ape jawapan dia... 

Emyza : aku nak tulis -ibu bapa haruslah memberi nasihat kepada anak mereka ketika di rumah. 

Eyya : kat rumah aje?? kalau macam tu kat luar rumah mak bapak tak payah bagi nasihat la. macam ni,,, ''Mak, mak orang da kat luar rumah ni. mak tak boleh bagi nasihat.'' *sambil buat gelengen jari telunjuk dan reaksi muka. 

serentak kitorang ketawa. da la sebelah aku cikgu BM tu berdiri untuk tengok kitorang jawab soalan tu. boleh pulak kitorang buat lawak bodoh. nasib baik cikgu tu ikut ketawa sekali.

pengajarannya -> kalau nak jawab sesuatu soalan tu mestilah terima dek akal ye,,
   

Eyya : alamak!! hujan la,,macam mana nak balik ni,, 

Emyza : bagus la hujan. kurang rasa PANAS *sambil tengok myra ..tak la penat... 

Emyra : kurang ajar ea kau!! ala.. tak mati tak kalau kena hujan.. eh,,kalau hujan, air hujan tu masuk kat mulut,,,hehehe,, =D *senyum JOKER 

Emyza : haha..kan cikgu cakap  kalau tak sengaje terminum, puasa tak batal.

Eyya : a'ah!!! nanti bukak mulut besor-besor pastu cakap T.A.K.S.E.N.G.A.J.A!!!! bhahahaha,,

peringatan!!! -> jangan cuba buat apa yang kitorang cakap tuu...

 3) dan ini baru tadi berlaku..masa jalan kaki balik sekolah. 

Emyza : myra.. aku lapar la.. 


Emyra : huhh,, aku tak lapar, cuma aku HANGUS je,, 


Emyza : (ketawa terbahak-bahak) *patut la,,, 


Emyra : ehkk,, bukan HANGUS,, aku cuma rasa HAUS je,, haishh,,salah cakap pulak.. 


kenyataan!! -> bila puasa,,tekak pun jadi sengau bila bercakap

Tuesday 23 August 2011

BENCI!!! BENCI!!! BENCI!!!!!!!!!!!


haishhh,,,panas je hati ni,,, 
mane tak nye,,, 
baru tadi terkejut tengok gambar HANTU tengah MENJERIT!!! 
da la aku ni PENAKUT!! 
argh!!!! geramnye!!!! 

tadi sedang aku seronok godeh LINK-LINK yang ada kat facebook,,, 
aku terlihat ada orang post link,, 
orang tu cakap link tu LAWAK!! 
aku ni kan suke benda-benda yang lawak-lawak,, 
so aku try la bukak,,, 

time tu aku da memang bukak volume laptop ni 50%,, 
so, da kira kuat la tu,, 
then aku duduk depan-depan,,, 
sekali bukak........ 

HAH KAU!!! 
lari lintang pukang aku,,, 
adik kecik aku yang tengah sembahyang sebelah aku ni pun terperanjat,, 
sampai terbatal sembahyang dia,,, 
menjerit ikut aku,,, 

gambar dengan jeritan hantu tu tak berhenti-henti,,, 
GILA!!! SERAM TUUU!!! 
aku nak tutup tapi takut,,,
tangan aku da tutup telinga aku,, 
mata aku da pejam,, 
macam mana nak tutup benda PUAKA tu!! 

so, aku panggil adik aku yang lagi sorang,,, 
suruh dia tutup benda tu,,, 
nasib baik la adik aku tu berani,,, 
tak de la penakut macam aku,,, 
da tua-tua pun penaku aku ni,, 
mengalahkan budak kecik,,, 

janganlah mudah percaya orang-orang yang kat FACEBOOK tu,,
pelankan volume laptop,,, 
jangan jadi macam aku!!! ( PENAKUT ) 

Monday 22 August 2011

MALAM YANG SUNYI................


malam semalam seperti biasa hari Ahad aku dengan family aku buka puasa kat kampung,,, 
tapi semalam kitoang sekejap je kat sana sebab kitorang kena hantar kakak aku pergi rumah kawan dia kat Pontian,,, 
so lepas maghrib kitorang gerak,, 
ayah aku lalu jalan yang gelap+sunyi sepi,, 
da sampai kat prt. Panjang ayah aku ada dapat satu massage kosong,,, 
dari siapa pun tak tahu,,, 
da sampai kat simpang tiga ayah aku belok secara tiba-tiba,, 
sebab kat situ tak ada lampu,,, 
selalunya ada lampu,,maybe rosak kot,,, 
lepas belok tu,,tiba-tiba kereta ayah aku berbunyi,,, 
dan terasa macam tayar nak tercabut,,, 
then ayah aku pun parking kat tepi jalan,,, 
time tu yang ada kat dalam kereta > ayah,mak,kakak, 2 adik aku dan aku,,, 
masa ayah aku berhentikan kereta, aku tengok sekeliling,,, 
terasa seram gila cause kiri kanan hutan+ tak ade lampu jalan+tak banyak kereta,,, 
seram tuuuuuu,,,,*nasib baik bulan puasa 
lepas tu ayah aku call pakcik aku,,, 
mase ayah aku call pakcik aku aku sempat tengok jam,,, 
''ala,,baru 8.30,,,'' 
lepas setengah jam menunggu, pakcik aku akhirnya tiba,, 
ayah aku suruh pakcik aku hantar akak aku pergi rumah kawan akak aku bersama dengan mak aku,,, 
so yang tinggal kat situ hanya ayah, 2 adik aku dan aku,, 
pergh!!! 4 orng je tu,,, 
MENAKUTKANNN!!!! 
then ayah aku call sedara ayah aku yang bekerja kat bengkel kereta,,, 
tak lama tu,,,sedara ayah aku tu datang dengan kawan dia,,, 
diorang la yang uruskan kereta ayah aku tu,,, 
masa tunggu diorang betul kan kereta, 
adik aku yang paling kecik ade nyanyi satu lagu,,, 
lagu ape?? dia nyanyi lagu raya,, 
tapi dia pergi ubah lirik lagu tu,,, 
nak tahu dia nyanyi macam mana?? 
sebelum tu korang ingat tak lagu Selamat Hari Raya?? 
kan ada lirik yang macam ni,,

--> mintak mak kuih sepotang,, 
      saya mahu makan kerna perut kosong,,, 

ha,,,ingatkan,,,oky sekarang dengar versi adik aku pulak,,, 

-->mintak mak kain putih,, 
     saya mahu pakai bile...... 

dia belum abis nyanyi lagi aku da suruh berhenti,,, 
mane tak nye,,, 
cuba korang nyanyi or dengar org sebut kain putih,, 
haissshhhh,,,, 
naik semua bulu tengkuk aku,,, 
da la kiri kanan hutan, gelap gelita pulak tu,,, 
tunggu punya tunggu punya tunggu,,, 
akhirnya siap juga diorang betulkan kereta tu,, 
aku tgok jam da pukul berapa,,, 
''11.00 MALAM!!!!'' 
gila la,,,lama tu,,, 
then lepas tu kitorang patah balik rumah nenek aku sebab dekat untuk tunggu mak aku,,, 
kitorang gerak balik ke rumah pukul 11.30,,, 
tibe rumah aku tak tahu pukul berapa sebab aku terus TIDUR!!!!!!

Friday 12 August 2011

TIPS-TIPS MEMUJUK HATI SI DIA

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan? 

Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba menganbil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai *kenapa pasal roti canai pulak ni? = =" , tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni!!

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk di sebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza - memujuk.

Bagaimana nak pujuk? 
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelitahan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata kata ''manis''
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk" , "comot" , "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi.

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha....tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, beberapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak kerana saya juga tidak pernah lakukannya. Mengapa saya tidak lakukannya? Kerana suara sata tidak sedaapppp!!! ;'( . Tetapi pasangan saya sering menyanyikan lagu untuk saya. Tidak percaya? Tak nak percaya sudah. Saya sudah berkata benar. Apabila anda mendendangkan lagu untuk si Dia, adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya. : )